Wednesday 10 May 2017

[VIDEO] Aaisyah Dhia Rana Nyanyi Perawan atau Janda

Aaisyahhhh, kenapa comel sangat ni ? cuteeeeeeee sangat2… Pandai Aaisyah nanyi lagu Perawan atau Janda ni yer…
Aaisyah Dhia Rana yang merupakan anak kepada pasangan popular Zain Saidin dan Rozita Che Wan cukup menarik perhatian ramai. Malah, populariti Aaisyah Dhia Rana mengatasi anak-anak selebriti lain.
Walaupun baru sahaja berusia 2 tahun lebih, Aaisyah telah dihujani dengan pelbagai tawaran dan terbaru menjadi duta produk bayi dan kanak-kanak Mini Me.
Sumber : Youtube

Jaga Mak Di Hospital.Adik Tiba2 Minta Sesuatu Yang PELIK . Aku Risau Tapi Rupa2nya Ada Ke Patut Dia !




 

Alhamdulillah dengan izin Allah dalam keluarga saya semua berjaya.Abah pensyarah di salah sebuah universiti tanah air. Sudah bersara.Ma juga merupakan seorang pensyarah. Masih bertugas.Dua orang abang saya engineer, saya pharmacist, adik lelaki doktor dan adik perempuan veterinar.Jodoh abah dan ma tak pernah tentukan. Kami cari sendiri dan alhamdulillah setakat ini abah dan ma restu. Kerjaya pasangan kami sama dengan kami.

Gambar hiasan
Tiba satu hari, adik lelaki saya (Boy) yang bekerja sebagai doktor nyatakan isi hatinya pada kami semasa kami sekeluarga berkumpul minum petang. Jarang dapat jumpa memandangkan semua sibuk. Maka peluang ini Boy tak lepaskan. Kami semua tumpang gembira untuk Boy. Kecuali Ma. Semua selepas Ma tanya “Doktor sama sama tempat Boy kerja ke?” dengan muka teruja dan dalam keadaan tenang Boy jawab “Bukan.. Dia staff nurse. Akhlak dia baik. Senyum walaupun penat. Boy oncall sekali dia shift malam. 4 pagi pun still senyum kat patient. Dia pandai
masak Ma. Boy oncall hari raya haritu dia ada bawa rendang. Kawan kerja pun kata dia lemah lembut orangnya”Sejujurnya kami tiada masalah. Kecuali Ma. Ma kata “Jururawat ni kerja shift. Nanti siapa nak jaga anak? Cari yang lain lah Boy. Ramai lagi orang solehah. Doktor pun ada solehah. Takkan ramai ramai tu takde jumpa”
Tiada siapa yang back up Boy. Termasuk Abah. Termasuk saya. Sedih saya tengok muka satu satunya adik lelaki saya.
Dia sangat taat dengan Ma. Kami tidak mahu mengeruhkan keadaan. Kalau A kata Ma, A-lah jangan berani ubah jadi B.Boy tak seceria macam biasa. Selalu duduk dalam bilik. Habiskan masa mengaji. Tapi Boy masih lagi sembang sembang dengan Ma. Cumanya tak seseronok dulu. Mungkin Boy cari ketenangan dan kekuatan. Kuatnya Boy sembunyikan sedihnya.
Satu hari saya cuti balik rumah Ma. Macam biasa lepas hari tu, kalau nak cari Boy pergilah dalam bilik tidurnya tak macam sebelumnya Boy habiskan masa di luar bilik.
“Boy, boleh kak Nana masuk?”
” Kak Nana.. Bila sampai? Tak dengar pun.. Masuk lah”
“Boy sedih lagi ke? Kuat ye. Kak Nana faham. Kak Nana doa Boy jumpa orang yang lagi baik”
“Orang lagi baik? Tak layak la Boy.. hehe”
” Kak Nana tahu. Ma tak nak jururawat bukan sebab kerja shift. Tapi Ma nak Boy cari yang setaraf.”
“Tu la. Boy tahu je Ma macam mana. Sebab Ma nak Boy cari orang yang sama kerja. Alasan nurse kerja shift tak ada orang jaga anak. Doktor lagila.. Oncall.. Ma malu kot kalau orang tanya menantu kerja apa? Kerja jururawat je. Tapi Boy tak nak cari orang yang hebat hebat ni. Boy nak cari orang yang biasa biasa je. Takde lah nanti sama sama ego”
” Ye.. Kak Nana faham. Adik yang humble Boy sorang je dalam family ni”
“Kak Nana doakan Boy dengam dia ye.”
“Siapalah bertuah dapat Boy”
“Boy kot yang bertuah kalau dapat dia”
Takdir Allah.
Jodoh Boy dengan jururawat itu juga. Alhamdulillah.. Ma restu walaupun paksa rela. Dapatlah saya adik ipar. Ika namanya. Betul kata Boy. Ika baik akhlaknya. Pandai memasak. Kalau Ma tak larat pergi masjid, Ika imamkan Ma di rumah. Kami bersyukur Ika sudi duduk dengan Ma. Boleh tengok tengokkan abah dan ma.
Lepas dua tiga bulan kami perasan yang Ma masih belum terima Ika. Nampak sangat. Tiba tiba makanan Ika masak tak sedap pada tekak Ma. Tak nak jadi makmum Ika lagi. Sanggup pergi masjid walaupum kurang sihat. Tapi Ika tak balas apa melainkan senyum dan kata kata “Tak apa. Orang tua. Biasa la. Kat wad pun macam tu” Tabahnya Ika. Perangai sama macam Boy. Memang patut mereka berjodoh.
Satu hari diizinkan Allah. Kami buat kenduri aqiqah untuk anak kedua abang Fadil. Ramai yang kami jemput. Tak menang tangan. Ditakdirkan Allah malam itu kami sekeluarga diuji. Ma kena serangan stroke. Mungkin terlampau penat. Ma juga memang ada darah tinggi.
Lepas seminggu kami gilir gilir jaga Ma di wad. Termasuk Ika. Tetapi kami tak boleh cuti lama. Kami jaga pun sekadar menunggu. Kebetulan saya bertugas di hospital yang sama dengan Boy dan Ika. Tukar lampin, mandikan semua jururawat yang uruskan. Ika habis shift sebelum balik rumah akan jenguk Ma dan tukarkan lampin. Kadang kalau Boy free Boy buat sama sama dengan Ika. Lembut Ika ajar cara tukar lampin orang dewasa kat Boy. Kadang habis shift malam tak sempat tukar uniform Ika dah datang.
Satu hari kebetulan Ika offday. Saya lunch hour. Lampin Ma penuh. Ika nak tukar tapi Ma tak izin.
” Kau bukan anak aku. Biar anak aku yang buat. Nana! Tukar lampin Ma ni. Tak selesa. Nurse semua malas!”
“Ma, tak baik kata macam tu. Nurse busy. Ni kami ada. Biar Nana buat dengan Ika ye.”
“Tak nak. Ma nak Nana buat sorang.”
“Ma, Nana tak pandai sangat. Kalau Ika buat sekali mudah lah.. Boleh tolong pusingkan badan Ma.”
Ika senyum terus keluarkan lampin dalam locker. Siapkan wipe tissue. Plastik kuning. Tengah nak mula Ma tinggikan suara. “Tak nak! Jangan sentuh! Kau bukan anak aku.. Nurse mana nurse ni?”
Ika tak endah. Teruskan buat. “Tak faham ke? Nak aku cakap English? Ah. Mesti kau tak faham English. Kerja nurse je”
“Ma. tak baik cakap Ika macam tu”
” Don”t you dare to touch me”
” Ma, kalau Ma tak anggap Ika ni anak, Ma anggap je Ika ni nurse yang Ma tak kenal ok. Ma nak Ika call Abang Faiz dengan Abang Fadil kat KL tu? Nak menantu Ma yang lain datang dari KL tukarkan? Nak Ika call Boy suruh datang tukar? Dia oncall hari ni. Busy. Nak Ika call Anis? Dia busy kat klinik. Ma kena faham lah.. Ni kak Nana ada. Bagi Ika
buat dengan kak Nana ye.”Saya menangis. Anak Ma yang berjaya tak mampu nak tukar lampin Ma. Tak mampu jaga Ma macam Ika jaga. Ma diam lepas tu. Sampai selesai tukar.
Kalau Boy tahu Ma kata macam tu kat Ika. Mesti luluh hati dia.
Tabahlah Ika.. Tabahlah Boy.. Kak Nana hanya mampu doakan kesejahteraan kalian berdua. Semoga Allah buka pintu hati Ma untuk terima Ika sama macam menantu yang lain. Doakan Ma kami cepat sembuh.
p/s: nama saya ubah untuk menjaga. Terima kasih. Jadikan pengajaran. Bukan kerjaya yang bagus menentukan segalanya. Setiap kekurangan ada kelebihan. Setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Kita saling lengkap melengkapi. Saling memerlukan.
Sumber : Qurratul ‘Ain Ahmad Hanapi via ohbuian



Like this Article? Share it!


Apa Beza Penutup Botol Air Warna Biru Hijau dan Putih




 

2qY9AW5

2qY9AW5
Mesti ada kawan or mak ayah korang suruh korang belikan air mineral untuk dorang kan? Lepas tu diorang suruh korang cari air mineral penutup yang berwarna biru. Korang mesti pelik kan kenapa nak yang penutup warna biru? Padahal yang penutup warna putih pun sama je, air mineral juga.
Haa meh sini tengok apa perbezaan sebenarnya.
1. Penutup biru
Diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan kemudian dibotolkan. Haa baru boleh dilabelkan sebagai air mineral.
2. Penutup putih
Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa mejadi air paip sahaja sudah menyebabkan keaslian air itu hilang. Sebab tu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau drinking water dan harganya pun lebih murah dari air mineral yang berpenutup biru.
3. Penutup Hijau
Yang penutup hijau tu Air mineral semulajadi..
Air ni diambil khas dari dalam tanah dan mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi.. 🙂
kandungan mineral dan lokasi tempat pengambilan mesti ada tertera di label botol tersebut..
Haa so lepas ni korang takdelah tertanya-tanya kenapa orang suruh belikan air mineral yang berpenutup biru kan?
Sumber: friscomedia



 

Keluar Bilik Dengar Ada Bunyi Tapak Kaki Ikut Bila Toleh Belakang Alangkah TERKEJUTNYA Bila



 

GAMBAR DIATAS SEKADAR HIASAN
Nama aku Ana. Aku kerja di Genting Highlands dan tinggal di bilik asrama yang disediakan. Time tu aku ada bf. Bf aku ni keje shift. Dia seorg waiter kat Resort Cafe. Since dia keje shift, susah sgt la kami ni nak dating.
Aritu dia keje pagi dan mlm tu dia ajak aku tgk movie midnight kat First World Plaza. Klau x salah aku, movie strat dlm jam 11.50pm. Dari staff quaters naj ke cinema mmg dekat. 5mins je boleh smpai. Sbb ada short cut.
Housemate aku x de mlm tu. Dia pun dating jugak. X blk lagi. Aku siap2 la melaram nak pegi dating. Cermin aku facing pintu. Masa dok aku make up tu aku dgr bunyi tapak kaki depan pintu blk aku. Mcm mundar mandir. Beberapa kali jugak la aku tertoleh ke pintu.
Dah siap. Aku pun kuar. Lock pintu. Aku pun jalan ke koridor. Suasana nya kiri kanan pintu bilik. Depan nun jauh ada lagi satu pintu yg block sbelum jumpa lift sbelah kanan. Dan belakang aku ialah cermin tingkap tgk luar.
Aku jalan beberapa langkah. Tetiba aku dgr ada bunyi tapak kaki belakang aku. Mana mungkin. Bilik aku yg ujung. Tak mungkin ada org. Dan aku x dgr pun org bukak pintu. Aku maintain jln. Tp kaki dah ketar. Bunyi tu ikut sebijik mcm langkah aku. Automatically aku tertoleh belakang. Nasib baik takde apa. Tp mcm ada sesuatu refleksi dr cermin tingkap. Aku tak nampak jelas. Yg penting aku dah mula cuak. Dgn pantas aku lari. Dan tapak kaki tu pun laju selaju larian aku. Aku bukak pintu pemisah. Dah pintu tu tertutup sendiri blk. Lari lagi smpai ke lift. Aku tekan button lift cepat. Aku dpt dgr pintu pemisah tu terkuak mcm ada org bukak. Takut tahap dewa.
Pintu lift bukak. Aku cepat2 tutup. Dan dok bertinggung smpai bwh. Sepanjang dr tingkat 16 ke lobby mmg aku sorg je.
Sampai bwh aku terus cerita kat bf aku. Dia suh aku relax. Dia tu bkn apa sbb x sabar nak tgk movie. Abes movie, aku tidor blk kwn aku yg kebetulan tgk movie sama ngan aku. Dan housemate aku katanya tidur dgn tenang je mlm tu. Dia x sedar pun aku x balik.
Sumber: jommelancong






 

Pakcik Ni Nak Bank In RM 100 Tp Mesin X Terima. Dtg Lelaki & Apa Yg Berlaku Buat Ramai TERKEJUT




 

Sampai ke saat ini, agaknya berapa jumlah sedekah paling banyak yang korang pernah sumbangkan? Rata rata rasanya mesti Rm1 Rm10. Betul tak? Kadang kita tak tahu hikmah bersedekah ni lebih besar ganjarannya dari apa yang kita beri. Mungkin ganjaran kesihatan yang baik atau kewangan kita yang diberkati.
Seperti perkongsian kali ini, membuka mata kami semua. Bayangkan bagaimana kemulian seorang pemuda yang membantu seorang pakcik tanpa soal selidik. Bagaimana pula kita hari ni?

Pakcik datang dengan baju kebun

Jadikan sedekah itu hobi

Sumber :Muhammad Ahmad& OHBULAN!
Sumber: sinarhariani





 

Tuesday 9 May 2017

Inilah Adik Beradik 8 Selebriti Popular Malaysia Yang Anda Tak Pernah Perasan! Tapi pernah tengok...Siapakah mereka???

Inilah Adik Beradik 8 Selebriti Popular Malaysia Yang Anda Tak Pernah Perasan! Tapi pernah tengok...Siapakah mereka???






Pasti ramai yang tidak pernah perasan di kalangan selebriti tanah air kita terutama pelakon kebanyakkan di kalangan mereka adalah adik beradik. Jom kita lihat adik beradik selebriti popular tanah air kita.

1. Pierre Andre & Mikail Andre






.Adik-beradik ini merupakan anak kepada pelakon veteran Khadijah Tan yang terkenal dengan rancangan sitkom “Pi Pi Mai Tang Tu”. Pierre Andre yang mula-mula sekali menceburi bidang lakonan menerusi filem “Potret Mistik” pada tahun 2005. 

.Bermula sebagai seorang pelakon, Pierre Andre kini bergelar seorang pengarah. Jejak langkahnya diikuti oleh adiknya Mikail Andre yang kini berusia 23 tahun. Boleh dikatakan mereka ini mempunyai darah seni.



2. Shamsul Yusof & Syafiq Yusof





>Kedua-duanya memulakan kerjaya sebagai pelakon demi untuk mempelajari selok-belok dunia perfileman. Anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini, mengikut jejak langkah bapanya untuk menjadi seorang pelakon dan juga pengarah filem. 

.Lebih membanggakan, kedua-dua pengarah muda ini sudah pun menggondol anugerah menerusi hasil karya mereka. Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik.



3. Elfira Loy, Ezlisa Loy & Ahmad Ezzrin Loy 





>Adik-beradik Loy ini memang sehati sejiwa sejak dari awal mereka menceburkan diri dalam bidang lakonan. Apa yang pasti ketiga-tiga mereka memang berbakat besar seawal dari kecil. 

>Walaupun Elfira selaku kakak, dilihat lebih menyerlah, namun mereka tidak pernah mencemburui antara satu sama lain. Lebih menarik lagi, Ezlisa dan Ezzrin juga pernah berlakon sama menerusi rancangan “Oh! My English”.



4. Yaya, Shikin, Chacha, & Emma Maembong






.Anak perempuan kepada Ismail Embong ini, memang semuanya cantik-cantik dan berbakat dalam lakonan. Pada mulanya hanya nama Chacha dan Emma sahaja yang dikenali, namun selepas itu, kedua-dua kakak mereka, iaitu Yaya dan Shikin juga mula mencipta nama. 


.Kalau dah adik-beradik, pasti mereka tidak akan terlepas ditanya mengenai perhubungan mereka. Namun, baru-baru ini industri hiburan dikecohkan dengan kisah Chacha dan bapanya. Tetapi semuanya sudah selesai. Bak kata pepatah, seperti air dicincang tidak akan putus. Begitulah perghubungan keluarga.



5. Eira Syazira & Syafnida 





>>Nama pelakon Eira Syazira mula dikenali menerusi lakonannya yang membawakan gadis nerdmenerusi slot drama TV3 satu ketika dahulu. Boleh dikatakan Eira diantara pelakon drama yang menjadi pilihan untuk menghiasi drama-drama di televisyen. 

.Kini adiknya, Syafnida turut mengikut jejak langkah kakanya itu. Kini wajahnya mula kelihatan menerusi drama TV3 “Cinta Ilahi”. Selain itu juga, Syanida juga dikatakan berlakon bersama abang iparnya Azad sebagai suami isteri. Boleh dikatakan wajah adik-beradik ni hampir sama dan ramai yang menganggap mereka adalah adik-beradik kembar.



6. Farid Kamil & Fadzil Zahari





.Siapa yang tidak mengenali hero pujaan ramai Farid Kamil. Namun, nama adiknya iaitu Fadzil Zahari mula menjadi sebutan sejak sah menjadi suami kepada pelakon terkenal Yana Samsuddin. Namun mungkin ramai yang tidak tahu, Fadzil juga merupakan seorang pelakon. 

.Pada awalnya, dia merupakan pembantu peribadi abangnya sendiri. Dia kemudiannya berjinak-jinak sebagai penulis skrip. Antara skrip filem yang dihasilkannya ialah filem “Kongsi” dan “Bini-biniku Gangster”. Memang adik-beradik yang berbakat besar. Jika dilihat pada rupa Fadzil juga saling tidak tumpah seperti abangnya.



7. Sharifah Shahira & Sharifah Sakinah 





>Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahira, tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air. Jika diikutkan, seorang lagi adik beradik Sharifah iaitu Sharifah Haslinda juga merupakan seorang pelakon ketika zaman 90an. 

>Kini, seorang lagi adiknya, Sharifah Sakinah, pula yang mengikut jejak langkah kakak-kakaknya sebagai seorang pelakon. Namun berbeza dengan kakak-kakaknya, nama Sakinah menjadi viral dengan aksi ‘gila-gilanya’ di laman sosial miliknya.



8. Erma Fatima, Umie Aida & Betty Rahmad





.Mungkin ramai yang tidak mengetahui, adik-beradik, Erma Fatima dan Umie Aida mempunyai seorang adik iaitu Betty Rahmad, yang kini mula berjinak-jinak sebagai pelakon dan pernah muncul menerusi drama bersiri popular “Adam dan Hawa”. 

>Namun, mungkin ramai yang tidak tahu, Betty sudah menceburkan diri dalam dunia lakonan seawal usia 9 tahun. Boleh dikatakan Betty juga berbakat seperti Umie Aida. Dimana dia juga boleh menyanyi. Tidak dapat dinafikan ketiga-tiga mereka mempunyai bakat yang besar.

Pengorbanan Si Abang Apa Yg Si Abang Ini Lakukan Terhadap Adiknya Yg OKU Ini Buat Ramai SEBAK




 

Sebagai adik beradik pertengkaran itu perkara biasa. Air yang dicincang takkan putus kan? Namun, di sebalik kenakalan dan pergaduhan, adik beradik jugalah antara yang sanggup berkorban dan membantu di saat kita memerlukan.
Seperti kisah seorang abang dari Cebu, Filipina yang mendapat perhatian ramai baru-baru ini kerana kisahnya yang menyentuh hati. Kisah John Michael JM, 14, bersama adik perempuannya dimuat naik oleh Cebu Citizen Report dan menjadi viral selepas mendapat lebih 16ribu shares di Facebook.
Menurut status itu, dua beradik berkenaan datang dari keluarga yang susah. Adik perempuannya, Ella Mae Belido berusia 12 tahun berstatus OKU dan tidak mampu berjalan selepas terjatuh ketika berusia 11 bulan.
Michael bagaimanapun membuat keputusan mengorbankan masa belajarnya semata-mata mahu menjadi rakan sekelas adik kesayangannya itu supaya dia dapat mengendong adiknya setiap hari! Baiknya dia!
Bukan setakat itu, Michael mengendong adiknya seberat 40 kilogram bersama-sama beg mereka di kedua-dua belah lengannya selama 8 tahun semenjak Gred 1 sehingga hari graduasi mereka pada 7 April lalu.
Bukan sahaja mengorbankan masanya tetapi juga tubuh badan serta tenaga untuk membawa adiknya ke sekolah setiap hari. Terima kasih!
Adik saya sangat berat dan mengendongnya sangat memenatkan tetapi saya lakukannya supaya dia dapat tamat sekolah, kata Michael.
Bapa mereka, Marlon berusia 39 tahun bekerja sebagai pemandu roda tiga manakala ibunya Erlinda, 38, seorang suri rumah dan menjaga adik bongsu mereka.
Meskipun jarak antara rumah dan sekolah agak jauh, Michael tetap memilih untuk berjalan kaki demi menjimatkan wang pendapatan ayahnya membayar pengangkutan awam.
Pendapatan Marlon tidak tetap dan kebiasaannya dia hanya peroleh 300 Peso (RM26.80) sehari dan adakalanya kurang daripada itu.
Gambar mereka di hari graduasi itu menjadi viral dan ternyata menyentuh hati ramai penduduk di sana. Ramai yang bertanya bagaimana mereka boleh membantu atau menderma untuk kerusi roda Ella.
Beberapa hari selepas gambar itu dimuat naik, banyak derma yang diterima dua beradik tersebut daripada penduduk Cebu yang baik hati.
Ella telah menerima 4 buah kerusi roda, sepasang tongkat dan sebuah basikal. Mereka berdua turut menerima barangan keperluan dapur dan sekolah.
Menurut Michael, dia akan tetap mengendong adiknya itu meskipun mereka harus pergi ke dua kolej yang berbeza selepas ini.
Saya akan tetap mengendongnya. Saya berharap ada orang yang akan membiayai pembelajarannya. Dia mahu mengambil kos komputer, kata Michael.
Terima kasih kepada Michael yang sangat baik hati dan menyayangi adiknya! Pasti jasa dan pengorbanannya akan diingati Ella sampai bila-bila.
Sumber asal : LobakMerah
Sumber: harianmetroni